X
Ahad, 5 Februari 2017 | 7:36am

Burkina Faso raih pingat gangsa Piala Negara-Negara Afrika

PEMAIN Ghana, Jordan Ayew (kanan) ketika menentang pemain pihak lawan Bakary Kone dari pasukan Burkina Faso ketika perlawanan Piala Negara-Negara Afrika di Port Gentil, Gabon. - Foto EPA
PEMAIN Ghana, Jordan Ayew (kanan) ketika menentang pemain pihak lawan Bakary Kone dari pasukan Burkina Faso ketika perlawanan Piala Negara-Negara Afrika di Port Gentil, Gabon. - Foto EPA

PORT GENTIL, GABON: Alain Traore muncul wira Burkina Faso apabila bijak menyempurnakan sepakan percuma untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Ghana 1-0, dalam penentuan tempat ketiga Piala Negara-Negara Afrika, awal pagi tadi.

Gol jaringan pada minit ke-89 itu sudah cukup untuk mengubat kekecewaan Burkina Faso selepas gagal melangkah ke saingan akhir pada Khamis lalu.

Burkina Faso tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Mesir dalam aksi separuh akhir dan kali ini, mereka pula yang memastikan Ghana terus kempunan perebutan pingat gangsa buat kali ketiga dalam empat edisi terakhir.

Traore - penyerang yang berpangkalan di Turki melakukan sepakan kencang untuk menewaskan penjaga gol lawan ketika perlawanan berbaki seminit.

Mereka sebenarnya sudah boleh mendahului Ghana seawal 30 saat perlawanan, namun Jordan Ayew terlepas peluang yang cukup baik untuk menjaringkan gol dan peluang sama gagal disempurnakan Edward Agyemang Badu selepas itu.

Pemain remaja yang juga bintang Schalke, Bernard Tekpetey juga mempunyai peluang pada separuh masa pertama ketika berlaku perebutan di depan pintu gol namun, percubaannya terkena palang. - Reuters

Berita Harian X