Sabtu, 11 Februari 2017 | 6:19pm
Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, bergambar dengan kontinjen BIDARA yang memenangi anugerah perbarisan terbaik sempena program tahunan isteri wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) SeMalaysia di Stadium Sultan Abdul Halim di Jalan Suka Menanti. - Foto Amran Hamid

Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, bergambar dengan kontinjen BAKTI yang memenangi anugerah pakaian tercantik sempena program tahunan isteri wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) SeMalaysia di Stadium Sultan Abdul Halim di Jalan Suka Menanti. - Foto Amran Hamid

BAIDURI, BAKTI unggul

Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan pasukan Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) pada pertandingan akhir badminton Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) di Stadium Sultan Abdul Halim hari ini. - Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Semangat berpasukan tinggi memberi kelebihan kepada Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) untuk mengungguli kejohanan badminton sempena program tahunan isteri wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) SeMalaysia di Kedah, yang berakhir hari ini.

BAIDURI yang diketuai Yang Dipertuanya, Datin Seri Saripah Zulkipli, muncul juara selepas membenam pasukan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri- isteri (BAKTI) dengan keputusan 3-1 dalam aksi akhir kejohanan di Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti, di sini.

BAIDURI yang menghapuskan penguasaan dua edisi berturut-turut Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Sabah (BAKISA), layak membawa pulang Piala Perdana Menteri yang menjadi rebutan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang turut meluangkan masa menyaksikan aksi akhir kejohanan badminton menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Pogram tahunan isteri wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) SeMalaysia kali ini menyaksikan Kedah sebagai tuan rumah dengan pelbagai acara disediakan khusus untuk peserta termasuk kejohanan badminton dan boling.

Bagi acara boling, kedua-dua kategori iaitu individu dan kumpulan masing-masing diungguli Persatuan Isteri-isteri dan Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional (PENAWAR) dari Kelantan, bagaimanapun johan keseluruhan acara boling dimenangi BAKTI yang kemudian membawa pulang Piala Perdana Menteri.

Sejumlah 14 pasukan membabitkan 570 atlit bertanding sepanjang tempoh lima hari kejohanan yang berakhir hari ini.

Selain BAKTI dan BAIDURI, turut serta badan amal isteri wakil rakyat BN dari setiap negeri dengan Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (BIDARA) selaku tuan rumah.

Lain-lain badan amal termasuk BISTARI (Melaka), SERIKANDI (Terengganu), JUITA (Johor), TERATAI (Pahang), BAKISA (Sabah), SEBATI (Sarawak), PENAWAR (Kelantan), KASIH (Selangor), BAIDUNITA (Perlis), SEJATI (Pulau Pinang) dan PEKERTI (Negeri Sembilan).

Berita Harian X