X
Jumaat, 3 March 2017 | 6:43pm

Pandelela, Jun Hoong menang perak Siri Terjun Dunia

GAMBAR fail, Jun Hoong Cheong dan Pandelela (kiri). - Foto AFP
GAMBAR fail, Jun Hoong Cheong dan Pandelela (kiri). - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Gandingan penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong meraih pingat perak pada Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2017 di Beijing, hari ini.

Menurut laman web rasmi www.fina.org, pasangan Malaysia itu meraih perak selepas mengumpul 316.08 mata dalam acara 10m platform seirama wanita pada hari pertama kejohanan berkenaan.

Chang Yani/Ren Qia dari China memenangi pingat emas selepas mengumpul 340.26 mata, sementara pasangan Korea Utara, Kim Kuk Hyang/Kim Mi Rae meraih gangsa selepas mengutip 313.92 mata.

Pandelela-Jun Hoong adalah pemenang pingat perak acara 10m platform seirama wanita pada Sukan Olimpik Rio 2016. - BERNAMA

Berita Harian X