Ahad, 16 April 2017 | 2:05am

F1: Bottas atasi Hamilton rangkul petak utama GP Bahrain

PELUMBA Finland, Valtteri Bottas menempah petak utama Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain, hari ini mengatasi rakan sepasukannya yang lebih dominan di Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton. - Foto Reuters
PELUMBA Finland, Valtteri Bottas menempah petak utama Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain, hari ini mengatasi rakan sepasukannya yang lebih dominan di Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton. - Foto Reuters

MANAMA, Bahrain: Pelumba Finland, Valtteri Bottas menempah petak utama Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain, hari ini mengatasi rakan sepasukannya yang lebih dominan di Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton.

Ia adalah petak utama pertama sepanjang karier Bottas yang menyertai Mercedes tahun ini bagi menggantikan juara dunia, Nico Rosberg dengan kejayaannya turut menamatkan impian Hamilton yang memburu petak utama ketujuh berturut-turut.

Bottas melakukan catatan terpantas pada sesi kelayakan 1 minit 28.769 saat (s) dengan Hamilton ketinggalan 0.023s bagi meletakkan pasukan juara dunia itu di barisan pertama buat pertama kali musim ini.

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel akan memulakan perlumbaan di petak ketiga dan akan memulakan saingan bersebelahan pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo.

Mercedes memenangi perlumbaan di Litar Sakhir, tahun lalu menerusi Rosberg dan kejayaan Bottas meneruskan kempen cemerlang pasukan itu untuk memulakan saingan petak utama kelima berturut-turut.

"Kami hanya akan meraikannya dengan singkat malam ini. Perkara paling penting ialah bersedia untuk perlumbaan esok," kata Bottas. - Reuters

Keputusan sesi kelayakan GP Bahrain

1. Valtteri Bottas (Finland) Mercedes 1:28.769s

2. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:28.792s

3. Sebastian Vettel (Germany) Ferrari 1:29.247s

4. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull - TAG Heuer 1:29.545s

5. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 1:29.567

6. Max Verstappen (Netherlands) Red Bull - TAG Heuer 1:29.687s

7. Nico Huelkenberg (Germany) Renault 1:29.842s

8. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 1:30.074s

9. Romain Grosjean (France) Haas - Ferrari 1:30.763s

10. Jolyon Palmer (Britain) Renault 1:31.074s

11. Daniil Kvyat (Russia) Toro Rosso - Renault 1:30.923s

12. Lance Stroll (Canada) Williams-Mercedes 1:31.168s

13. Pascal Wehrlein (Germany) Sauber - Ferrari 1:31.414s

14. Esteban Ocon (France) Force India - Mercedes 1:31.684s

15. Fernando Alonso (Spain) McLaren - Tiada catatan

16. Carlos Sainz Jr (Spain) Toro Rosso - Renault 1:32.118s

17. Stoffel Vandoorne (Belgium) McLaren 1:32.313s

18. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes 1:32.318s

19. Marcus Ericsson (Sweden) Sauber - Ferrari 1:32.543s

20. Kevin Magnussen (Denmark) Haas - Ferrari 1:32.900s

Berita Harian X