X
Sabtu, 6 Mei 2017 | 1:25pm
LAMAN sesawang Sunday Times di https://www.thetimes.co.uk/article/the-sunday-times-rich-list-2017-boom-time-for-billionaires-pzbkrfbv2
LAMAN sesawang Sunday Times di https://www.thetimes.co.uk/article/the-sunday-times-rich-list-2017-boom-time-for-billionaires-pzbkrfbv2

Lewis Hamilton kekal ahli sukan terkaya UK

DARI kiri, Zlatan Ibrahimovic, Lewis Hamilton dan Wyane Rooney.
DARI kiri, Zlatan Ibrahimovic, Lewis Hamilton dan Wyane Rooney.

LONDON: Lewis Hamilton kekal sebagai ahli sukan berjaya di United Kingdom, diekori rapat oleh penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic.

Menurut Sunday Times Rich List, pemandu Formula Satu (F1) Mercedes itu yang dalam misi memburu gelaran juara dunia keempat musim ini meraih pendapatan sebanyak 131 juta pound (RM738 juta), meningkat 25 juta pound (RM140 juta) dalam tempoh 12 bulan terakhir ini.

Ibrahimovic yang juga bekas penyerang antarabangsa Sweden mengatasi rakan sepasukan di United, Wayne Rooney, untuk menjadi pemain bola sepak terkaya sejak menyertai kelab Inggeris itu pada Julai tahun lalu.

Pemain berusia 35 tahun berkenaan meraih pendapatan sebanyak 110 juta pound (RM619 juta) selepas lebih sedekad bermain bersama kelab elit Eropah, termasuk Paris Saint Germain, AC Milan, Barcelona, Inter Milan dan Juventus.

Beliau juga menerima kontrak lumayan sebagai duta syarikat pengeluar barangan sukan terkemuka, Nike.

Pemandu F1, Jenson Button dan pemain golf, Rory Mcllroy berada dalam senarai lima teratas apabila masing-masing mengumpul 86 juta pound (RM484.4 juta) dan 82 juta pound (RM462 juta).

Pemain bola sepak adalah antara yang paling ramai tersenarai dalam 10 kedudukan teratas dengan lima pemain, termasuk pengurus disenaraikan.

Rooney dengan pendapatan berjumlah 93 juta (RM524 juta) di kedudukan ketiga, manakala Pengurus United, Jose Mourinho mengumpul 61 juta pound (RM344 juta) di tempat ketujuh dan Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, di tempat kesembilan dengan 50 juta pound (RM282 juta).

Penyerang Real Madrid dan Wales, Gareth Bale, di tempat kelapan dengan 54 juta pound (RM304.1 juta). - AFP

Berita Harian X