Sabtu, 27 Mei 2017 | 9:45am

Rossi dibenarkan keluar dari hospital

GAMBAR fail, pelumba Yamaha MotoGP, Valentino Rossi dari Itali berada dalam garaj pasukannya semasa sesi latihan bebas kedua Grand Prix Perancis di Litar Le Mans, di Le Mans, Perancis pada Mei 16 lalu. - Foto REUTERS
GAMBAR fail, pelumba Yamaha MotoGP, Valentino Rossi dari Itali berada dalam garaj pasukannya semasa sesi latihan bebas kedua Grand Prix Perancis di Litar Le Mans, di Le Mans, Perancis pada Mei 16 lalu. - Foto REUTERS

ROM: Bintang MotoGP, Valentino Rossi, dibenarkan keluar dari hospital di Rimini, lapor sukan harian Itali, La Gazzetta dello Sport.

Rossi menerima rawataan di hospital itu selepas kemalangan ketika latihan, lapor sukan harian Itali, La Gazzetta dello Sport.

Rossi kelahiran Itali dan berusia 38 tahun, mengalami kecederaan pada dada serta perut akibat kemalangan ketika menyertai latihan motocross di Mondavio, Pesaro Urbino, Rimini.

Terdahulu, Yahama mengesahkan Rossi menunjukkan perkembangan positif daripada kecederaan dada dan perut.

Mereka menjelaskan, Rossi boleh dikeluarkan dari hospital, namun ia bergantung pada keputusan ujian lanjut.

Rossi tersingkir dari Grand Prix (GP) Perancis di Le Mans pada pusingan terakhir hujung minggu lalu untuk memberikan kemenangan kepada rakan sepasukan, Maverick Vinales .

Beliau kini berada di kedudukan ketiga kejuaraan dunia.

Belum dapat dipastikan sama ada Rossi akan cukup cergas untuk mengambil bahagian pada GP Itali di Mugello, minggu depan. -AFP

Berita Harian X