X
Ahad, 2 Julai 2017 | 2:15pm
JEFF Horn mengejutkan Pacquiao untuk memenangi gelaran Organisasi Tinju Dunia (WBO) dalam kategori welterweight. - Foto AP

Bekas guru sekolah, Jeff Horn mengejutkan juara dunia, Manny Pacquiao untuk memenangi gelaran Organisasi Tinju Dunia (WBO) dalam kategori welterweight. - Foto AP

Tinju: Horn kejutkan Pacquiao

BRISBANE, Australia: Bekas guru sekolah, Jeff Horn mengejutkan juara dunia, Manny Pacquiao untuk memenangi gelaran Organisasi Tinju Dunia (WBO) dalam kategori welterweight dengan keputusan sebulat suara di sini, hari ini.

Tanpa diberikan sebarang harapan oleh kebanyakan pemerhati, petinju berusia 29 tahun itu menampilkan gaya super agresif yang jelas sukar buat Pacquiao.

Ketiga-tiga juri memberikan markah 117-111, 115-113 dan 115-113 bagi perlawanan berkenaan yang memihak Horn selepas 12 pusingan.

Pacquiao, 38 adalah pemegang lapan gelaran dunia dan dianggap salah seorang peninju terbaik dalam generasinya.

Penyokongnya menjangkakan dia akan memperoleh perlawanan yang "singkat dan indah" ke atas Horn yang juga peninju Olimpik Australia 2012.

Begitupun, Horn tidak menampilkan sebarang petanda dia tertekan dengan situasi berkenaan dan memberikan persaingan hebat buat peninju dari Filipina itu sebelum menang.

AFP

Berita Harian X