Selasa, 4 Julai 2017 | 11:38am

KL2017: 32 acara tanpa tiket

Khairy Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong (kanan) dan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Low Beng Choo bersama replika tiket sukan SEA pada majlis pelancaran penjualan tiket temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Kompleks Sukan Negara. - Foto Nurul Shafina Jemenon

KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 acara sukan yang dipertandingkan pada Sukan SEA 2017 (KL2017) dapat disaksikan secara percuma manakala tiket bagi 19 acara lain dijual dengan harga kurang RM20, bermula hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mengumumkan perkara itu pada majlis pelancaran penjualan tiket di pejabat MASOC di sini, sebentar tadi.

"Kami ingin memastikan harga tiket adalah berpatutan iaitu antara RM10 hingga RM20 berbanding harga bagi tiket ke temasya sukan utama yang lain (terdahulu) iaitu sekurang-kurangnya RM50," katanya.

Antara acara 32 acara yang tidak memerlukan tiket ialah akuatik (renang terbuka), memanah, olahraga, tenpin boling, tinju, kriket, berbasikal (BMX dan lebuh raya), ekuestrian, lawan pedang, golf, hoki, hoki ais, luncur ais, judo, boling padang, petanque serta sukan layar.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X