Jumaat, 12 Disember 2014 | 9:53am

3 maut kapal persiaran mewah terbakar di Caribbean

SAN JUAN, Puerto Rico: Seorang anak kapal dan dua kontraktor terkorban apabila sebuah kapal persiaran mewah terbakar ketika berlabuh di timur Caribbean iaitu Pulau St. Lucia hari ini, kata pegawai.

Syarikat Oceania Cruises dalam kenyataan berkata, kira-kira 650 penumpang berada di atas kapal Oceania Insignia dipindahkan dan baki jadual pelayaran dibatalkan.

Dua lagi anak kapal dirawat di hospital tetapi keadaan mereka tidak dapat dipastikan.

Jurucakap Oceania Cruises, Michael Hicks tidak memberikan sebarang komen.

Tidak dapat dipastikan punca kejadian yang dikatakan bermula di bilik enjin dan berjaya dikawal.

Insignia berlepas dari San Juan, Puerto Rico, pada Ahad untuk belayar selama 10 hari dan dijadualkan tiba di Miami pada 17 Disember. - AP

Berita Harian X