Khamis, 26 March 2015 | 12:13pm
KUMPULAN penentang bersenjata Yaman dikenali sebagai Jawatankuasa Popular (PC) menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, duduk di dalam trak yang tiba dari bandar Abyan, Aden sebelum ditempatkan di sekitar bandar Lahj, sepanjang sempadan di antara Lahj dan Aden. - Foto AFP

Arab Saudi, sekutu lancar serangan terhadap pemberontak Yaman

KUMPULAN penentang bersenjata Yaman dikenali sebagai Jawatankuasa Popular (PC) menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, duduk di dalam trak yang tiba dari bandar Abyan, Aden sebelum ditempatkan di sekitar bandar Lahj, sepanjang sempadan di antara Lahj dan Aden. - Foto AFP
KUMPULAN penentang bersenjata Yaman dikenali sebagai Jawatankuasa Popular (PC) menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, duduk di dalam trak yang tiba dari bandar Abyan, Aden sebelum ditempatkan di sekitar bandar Lahj, sepanjang sempadan di antara Lahj dan Aden. - Foto AFP

ADEN: Arab Saudi melancarkan serangan udara terhadap pemberontak Huthi di Yaman hari ini bersama jiran sekutunya dalam usaha menyelamatkan pemerintahan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi daripada tekanan tercetusnya perang saudara.

Serangan udara itu diumumkan oleh Duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat, dengan Presiden Barack Obama memberi sokongan dari segi bantuan logistik dan perisikan kepada operasi ketenteraan.

HELIKOPTER tentera Yaman yang dikendalikan angkatan yang setia kepada pemberontak Huthi yang menguasai Sanaa berlegar di sekitar kawasan istana presiden. - Foto AFP

Kenyataan itu susulan lima negara Teluk menyatakan komitmen mereka untuk memberi sokongan kepada Hadi bagi memerangi kumpulan militan yang semakin menghampiri Bandaraya Aden.

Qatar, Kuwait, Bahrain dan Emeriyah Arab Bersatu (UAE) akan bersama Arab Saudi dengan berkata, mereka memutuskan untuk memberi pertolongan yang disuarakan oleh Presiden Hadi dalam memberi perlindungan kepada Yaman dan rakyatnya daripada ancaman militan Syiah Huthi.

DUTA Arab Saudi, Adel al-Jubeir. - Foto Reuters

Duta Arab Saudi, Adel al-Jubeir memberitahu pemberita di Washington, operasi serangan itu adalah untuk 'mempertahan dan memberi sokongan kepada kerajaan berdaulat Yaman dan menyekat pergerakan puak radikal Huthi daripada merampas negara berkenaan. - AFP

Berita Harian X