Rabu, 12 Ogos 2015 | 11:42pm

47 maut letupan bom di Nigeria

KANO: Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh dan berpuluh lagi cedera selepas sebutir bom meletup dekat timur laut Nigeria yang sering menjadi sasaran militan Boko Haram hari ini, lapor saksi dan sumber perubatan.

Letupan berlaku dekat pasar harian di kampung Sabon Gari, kira-kira 135 kilometer di selatan Borno, ibu kota Maiduguri ketika waktu puncak sekitar 1.15 tengah hari (12.30 waktu tempatan), menurut sumber.

"Kami menerima sekurang-kurangnya 47 mayat dan lebih 50 orang yang cedera akibat letupan bom di Sabon Gari tengah hari tadi," kata seorang jururawat kepada AFP di Hospital Besar Biu yang terletak sekitar 50 kilometer dari tempat kejadian.

"Letupan berlaku di sebuah kedai telefon mudah alih dekat bahagian ternakan di pasar itu," kata seorang anggota pejuang tempatan, Yuram Bura yang menentang Boko Haram.

Serangan berlaku dua hari selepas militan menembak mati empat orang dan menculik lima yang lain dalam satu serang hendap dekat lebuh raya di kawasan sama Ahad lalu, menurut pejuang tempatan. - AFP

Berita Harian X