Khamis, 8 Oktober 2015 | 5:01pm

Angka korban pengeboman di majlis kahwin meningkat kepada 30

MILITAN Huthi berdiri di luar masjid al-Nour di ibu negara Yaman Sanaa. - Foto REUTERS
MILITAN Huthi berdiri di luar masjid al-Nour di ibu negara Yaman Sanaa. - Foto REUTERS

SANAA: Angka korban akibat serangan udara di Sanban, wilayah Dhamar meningkat kepada 30 orang manakala berpuluh lagi cedera, kata pegawai kerajaan.

Serangan bom udara itu disasarkan terhadap sebuah majlis perkahwinan di sebuah pekan dikuasai pemberontak Yaman, kira-kira 100 kilometer di selatan Sanaa pagi tadi.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan udara itu namun dipercayai ia dilakukan tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi yang sejak Mac lalu melancarkan kempen serangan udara bagi mengekang sokongan terhadap pemberontak Syiah Huthi.

Orang awam dilaporkan semakin menderita berikutan keganasan dan kemusnahan akibat peperangan yang melanda seluruh negara itu. - CNN

Berita Harian X