Sabtu, 31 Oktober 2015 | 10:10am

26 maut dalam kebakaran kelab malam di Bucharest

PARAMEDIK mengusung mangsa terselamat ke dalam ambulans dalam kejadian kebakaran di sebuah kelab malam di Bucharest lewat malam tadi. - Foto EPA
PARAMEDIK mengusung mangsa terselamat ke dalam ambulans dalam kejadian kebakaran di sebuah kelab malam di Bucharest lewat malam tadi. - Foto EPA

BUCHAREST: Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah kelab malam di Bucharest lewat malam tadi, menurut pihak kerajaan.

Kebakaran itu berlaku di kelab malam Colectiv di ibu negara Romania, di mana kira-kira 200 orang berkumpul bagi menyaksikan persembahan kumpulan rock Goodbye to Gravity.

Menteri Dalam Negeri, Gabriel Oprea, berkata 26 orang terbunuh setakat ini dengan 154 orang lagi dilaporkan cedera.

Saksi memberitahu media tempatan bahawa satu letupan berlaku apabila bunga api dipasang lalu menyebabkan api besar.

Oprea menyifatkan insiden itu sebagai tragedi manakala Presiden Klaus Iohannis berkata beliau terkejut dengan kematian itu. - AFP

Berita Harian X