Isnin, 9 November 2015 | 10:14pm

Tentera Perancis bedil pusat bekalan minyak IS

DAKAR: Tentera Perancis semalam mengebom pusat bekalan minyak yang dikawal kumpulan militan Negara Islam (IS) di timur Syria, menurut Menteri Pertahanannya, Jean-Yves Le Drian.

"Kami sudah campur tangan di Syria.

"Petang semalam tentera membedil sebuah pusat bekalan minyak berhampiran Deir Ezzor di sempadan Iraq dan Syria," kata Le Drian kepada wartawan di luar forum mengenai keamanan dan keselamatan Afrika di Dakar, Senegal, hari ini -AFP

Berita Harian X