Isnin, 14 Disember 2015 | 8:20am

AS arah rakyatnya tinggalkan Burundi

AKTIVIS Kenya dan Burundi memegang lilin dan sepanduk dengan mesej 'Burundi Bleeds' bagi mengharapkan perdamaian di Burundi. - Foto EPA
AKTIVIS Kenya dan Burundi memegang lilin dan sepanduk dengan mesej 'Burundi Bleeds' bagi mengharapkan perdamaian di Burundi. - Foto EPA

NAIROBI: Amerika Syarikat (AS) hari ini mengarahkan kakitangan kerajaan dan ahli keluarga mereka supaya meninggalkan Burundi dan memberi amaran supaya berbuat demikian sebaik keadaan mengizinkan.

Jabatan Negara mengeluarkan amaran itu berikutan beberapa keganasan teruk disebabkan krisis politik selama beberapa bulan di ibu negara Bujumbara, Jumaat lalu, yang menyebabkan hampir 90 maut.

"Jabatan Negara memberi amaran kepada warga Amerika Syarikat supaya tidak mengunjungi Burundi dan mencadangkan mereka yang berada di negara itu segera keluar sebaik keadaan mengizinkan," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, tentera Burundi berkata, 87 terbunuh iaitu 79 "musuh" dan lapan askar. - AFP

Berita Harian X