Selasa, 22 Disember 2015 | 7:59am

Ratu cantik Puerto Rico digantung kerana tweet anti-Islam

RATU cantik Puerto Rico, Destiny Velez
RATU cantik Puerto Rico, Destiny Velez

SAN JUAN, PUERTO RICO: Seorang ratu cantik Puerto Rico digantung serta merta selepas pegawai pertandingan ratu cantik mendakwa dia membuat entri tweet bersifat anti-Islam.

Penganjur Miss Puerto Rico meminta maaf atas komen Destiny Velez dan berkata, mereka tidak mewakili integriti program berkenaan.

Velez membuat entri tweet berkaitan beberapa perkara minggu lalu termasuk memperkatakan bahawa orang Islam mempunyai agenda keganasan dalam kitab suci mereka.

Penganjur yang mengeluarkan kenyataan pada Sabtu berkata, Velez kemudiannya meminta maaf kerana menyinggung perasaan orang dengan kata-katanya dan dirinya tidak berniat untuk membuli sesiapa. - AP

Berita Harian X