Selasa, 29 Disember 2015 | 1:41am

Pengebom bunuh diri punca 30 mati di Timur Laut Nigeria

KANO: Sekurang-kurangnya 30 terbunuh selepas dua pengebom bunuh diri wanita menyasarkan sebuah pasar di timur laut negeri Adamawa, Nigeria semalam, kata seorang pegawai tentera.

Ketua tentera negeri Adamawa, Brigadier-Jeneral Victor Ezugwu, mengesahkan kejadian letupan berkembar di bandar Madagali itu tetapi tidak memberikan jumlah korban rasmi.

"Kedua-dua pengebom wanita membunuh sekurang-kurangnya 30 orang dalam letupan berkembar di pasar," kata seorang pemimpin masyarakat dan bekas pengerusi kerajaan tempatan Madagali, Maina Ularamu, kepada AFP. - AFP

Berita Harian X