X
Jumaat, 19 Februari 2016 | 4:11pm

4 buruh maut dirempuh komuter

MUMBAI: Empat buruh maut dirempuh tren komuter ketika berjalan di antara landasan, kata pegawai, kemalangan terbaharu membabitkan kereta api di bandar raya Mumbai.

Mangsa, berusia antara 18 dan 27 tahun, dirempuh kira-kira jam 6.20 pagi waktu tempatan antara stesen Kurla dan Vidyavihar di utara hab kewangan India itu.

"Semua mangsa baru kembali ke rumah selepas habis kerja di Terminal Chhatrapati Shivaji," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Kereta Api, Rupali Ambure, kepada AFP menerusi mesej teks, merujuk kepada stesen kereta api utama Mumbai.

Secara purata, sembilan maut setiap hari di laluan rangkaian kereta api sesak di Mumbai.

Ramai dilanggar ketika melintas landasan dan yang lain jatuh daripada gerabak penuh sesak membawa penumpang dari luar bandar. - AFP

Berita Harian X