Ahad, 28 Februari 2016 | 11:21pm

Lelaki sembelih 14 anggota keluarga

ORANG ramai mengangkat keranda ahli keluarga yang mati ditikam di dalam sebuah rumah di bandar Thane, yang terletak kira-kira 27 kilometer dari utara Mumbai.
ORANG ramai mengangkat keranda ahli keluarga yang mati ditikam di dalam sebuah rumah di bandar Thane, yang terletak kira-kira 27 kilometer dari utara Mumbai.

NEW DELHI: Seorang lelaki di India menikam mati 14 orang anggota keluarganya, termasuk tujuh kanak-kanak sebelum dia menggantung diri.

Jurucakap polis, Gajanan Kabdule, berkata Hasnin Warekar, 35, membunuh ibu bapanya dan beberapa orang saudara perempuan dan anak mereka selepas tengah malam di dalam sebuah rumah di bandar Thane, yang terletak kira-kira 27 kilometer dari utara Mumbai.

Seorang daripada saudara perempuan Warekar terselamat dalam serangan berdarah itu dan dirawat di sebuah hospital tidak jauh dari bandar itu.

"Dia menggunakan pisau besar. Dia membunuh ibu bapanya, saudara perempuannya dan anak mereka. Dia mengelar leher mereka," kata Kabdule.

Beliau berkata, polis sedang menyiasat sama ada pertikaian harta menjadi motif pembunuhan itu.

Media tempatan melaporkan, Warekar memasukkan ubat pelali ke dalam makanan keluarganya sebelum menyembelih mereka seorang demi seorang. - REUTERS.

Berita Harian X