Ahad, 17 April 2016 | 1:53pm

Korban gempa Ecuador meningkat kepada 41

ANGKA kematian akibat gempa bumi berukuran 7.8 di Ecuador meningkat kepada 41, selain menyebabkan rumah dan jejantas runtuh. . - Foto AFP
ANGKA kematian akibat gempa bumi berukuran 7.8 di Ecuador meningkat kepada 41, selain menyebabkan rumah dan jejantas runtuh. . - Foto AFP

QUITO: Angka kematian akibat gempa bumi berukuran 7.8 di Ecuador meningkat kepada 41, selain menyebabkan rumah dan jejantas runtuh.

Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu, yang terkuat melanda negara berkenaan, berpusat 27 kilometer ke selatan tenggara Muisne, kawasan perikanan tidak ramai penduduk yang popular di kalangan pelancong.

Timbalan Presiden Jorge Glas, berkata ada laporan awal 41 maut di bandar raya Manta Portoviejo dan Guayaquil.

Katanya, angkat kematian mungkin meningkat apabila laporan dari kawasan paling teruk terjejas mula diterima. - AP

Berita Harian X