Isnin, 18 April 2016 | 8:44am

Bantuan mula masuk ke lokasi gempa Ecuador

PENYELAMAT di Ecuador melakukan kerja untuk menggali keluar mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan rumah dan hotel . - Foto AFP
PENYELAMAT di Ecuador melakukan kerja untuk menggali keluar mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan rumah dan hotel . - Foto AFP

PEDERNALES: Angka kematian akibat gempa bumi paling kuat pernah melanda Ecuador dalam beberapa dekad meningkat kepada 246 ketika bantuan mula dihantar ke kawasan paling teruk terjejas.

Pegawai berkata, lebih 2,500 cedera dalam kejadian itu.

Naib Presiden Ecuzador, Jorge Glas, berkata angka kematian dijangka meningkat kerana masih ramai yang hilang, walaupun enggan menyebut jumlah sebenar.

Kebanyakan kerosakan dilaporkan di bandar raya Manta, Portoviejo dan Guayaquil, yang terletak beberapa ratus kilometer dari pusat gegaran yang berlaku sejurus selepas tengah malam Sabtu.

Namun kehilangan nyawa lebih ramai di bandar kecil yang terpencil berhampiran pusat gempa bumi.

In Pedernales, bandar dengan 40,000 penduduk berhampiran pusat gegaran, tentera mendirikan hospital bergerak di stadium untuk ratusan penduduk bersiap sedia untuk tidur di luar untuk malam kedua berturut-turut.

Wayar elektrik yang putus berselerakan di atas jalan raya dengan kemungkinan bekalan elektrik tidak dapat dipulihkan segera, menjadikan keadaan tidak selamat untuk mereka kembali ke rumah.

Datuk Bandar berkata, kecurian berlaku malam Sabtu di tengah kekecohan dengan ketibaan 14,000 anggota polis dan tentera ke bandar di zon gempa keadaan mula dapat dikawal.

Presiden Ecuador, Rafael Correa yang memendekkan lawatan ke Rom untuk memantau usaha bantuan, mengisytiharkan darurat dan menggesa rakyat bertenang. - AP

Berita Harian X