Khamis, 19 Mei 2016 | 1:30am

Gempa bumi kuat 7.2 magnitud gegar Ecuador

ORANG ramai keluar dari bangunan Kementerian Luar Ecuador di Quito selepas gempa bumi kuat menggegarkan negara itu. - Foto AFP
ORANG ramai keluar dari bangunan Kementerian Luar Ecuador di Quito selepas gempa bumi kuat menggegarkan negara itu. - Foto AFP

QUITO: Gempa bumi kuat 7.2 magnitud menggegarkan Ecuador hari ini, sebulan selepas gempa bumi lebih kuat meragut kira-kira 700 nyawa, menurut laporan awal Institut Geofizik negara itu.

Gempa bumi pada 11.47 pagi (1647 GMT) itu berpusat di wilayah barat laut Esmeraldas berhampiran sempadan Colombia. - AFP

Berita Harian X