Khamis, 21 Julai 2016 | 6:36pm

Britain belum runding keluar EU pada 2016 - May

PERDANA Menteri Britain, Theresa May. - Foto Reuters
PERDANA Menteri Britain, Theresa May. - Foto Reuters

BERLIN: Perdana Menteri Britain, Theresa May, berkata kerajaan beliau tidak akan memulakan rundingan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), tahun ini.

Dalam lawatan asing pertama selepas mengambil alih kuasa, May memaklumkan Canselor Jerman, Angela Merkel, beliau memerlukan masa untuk menyediakan pengunduran secara teratur dan dapat diterima umum.

"Kami tidak akan menggunapakai Artikel 50 sehingga matlamat kami jelas. Ia menjadi sebab mengapa proses ini tidak akan dilakukan tahun ini," kata May, semalam merujuk kepada proses rasmi Britain keluar EU.

Beliau turut mengesahkan Britain tidak akan meninggalkan Eropah dan akan mengekalkan hubungan ekonomi paling rapat. - Agensi

Berita Harian X