Sabtu, 23 Julai 2016 | 9:32am

Puerto Rico bantah kaedah sembur dari udara

Gabenor Puerto Rico, Alejandro Garcia Padilla.
Gabenor Puerto Rico, Alejandro Garcia Padilla.

SAN JUAN: Gabenor Puerto Rico pada Jumaat mengumumkan beliau tidak akan membenarkan kaedah menyembur serangga disembur dari udara dalam usaha memerangi peningkatan kes Zika seperti disarankan pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Sebaliknya, Alejandro Garcia Padilla, berkata beliau menyokong penyemburan bahan pembunuh larva organik, Bti.

Beliau berkata, ia sudah mencukupi bagi memerangi virus bawaan nyamuk itu bersama-sama usaha lain berterusan, tetapi berharap tiada bayi dilahirkan dengan kecacatan kongenital kerana keputusan yang diambilnya.

Zika boleh menyebabkan mikrosefali, iaitu bayi dilahirkan dengan kepala lebih kecil dan kerosakan otak.

Rakyat negara itu baru-baru ini menganjurkan beberapa bantahan menentang penggunaan naled, menyatakan kebimbangan mengenai kesannya ke atas manusia dan hidupan liar.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) baru-baru ini, berkata Puerto Rico kekurangan program pengawalan nyamuk dalam memerangi apa yang digelar wabak diam.

Sepuluh penduduk tidak menunjukkan gejala Zika, yang boleh menyebabkan simptom seperti demam, ruam dan sakit kepala.

Setakat ini, Puerto Rico mencatatkan 5,582 kes Zika dan melihat peningkatan 20 hingga 30 peratus setiap minggu, kata Setiausaha Kesihatan, Ana Rius. - AP

Berita Harian X