Selasa, 26 Julai 2016 | 9:20am
ANAK kapal pesawat Solar Impulse 2 disambut semasa tiba di Lapangan Terbang Al Batin di Abu Dabi untuk melengkapkan penerbangan pesawat solar pertama mengelilingi dunia tanpa 'menumpahkan setitik minyak'. - Foto AFP
ANAK kapal pesawat Solar Impulse 2 disambut semasa tiba di Lapangan Terbang Al Batin di Abu Dabi untuk melengkapkan penerbangan pesawat solar pertama mengelilingi dunia tanpa 'menumpahkan setitik minyak'. - Foto AFP

Solar Impulse 2 akhiri misi kelilingi dunia

PESAWAT solar Solar Impulse 2 dalam mengeliling dunia tanpa minyak.
PESAWAT solar Solar Impulse 2 dalam mengeliling dunia tanpa minyak.

ABU DHABI: Solar Impulse 2 selamat mendarat di Emeriah Arab Bersatu (UAE), awal hari ini bagi menamatkan penerbangan epik menjadi pesawat solar pertama mengelilingi dunia tanpa 'menumpahkan setitik minyak'.

Pesawat itu mendarat tepat jam 4:05 pagi di ibu negara Abu Dhabi selepas mengharungi penerbangan lebih 48 jam dari Kaherah, Mesir sebelum menamatkan misi terakhirnya sejak bermula 9 Mac lalu.

Sorokkan dan tepukan bergema mengiring kehadiran pesawat yang tiba di Lapangan Terbang Al-Bateen Executive, tempat sama ketika ia memulakan penjelajahan mengeliling dunia.

Pengarah projek yang juga pengembara dari Switzerland, Bertrand Piccard berada dalam kokpit sepanjang misi jelajah 2,763 kilometer dari Kaherah yang menyeberangi Laut Merah, Gurun Arab yang terbentang luas dan terbang di ruang udara di negera Teluk.

Pesawat itu mencatat rekod menghabiskan penerbangan sejauh 42,000 kilometer dengan menyeberangi empat benua, dua lautan dan tiga laut.

"Masa depan adalah jelas, masa depan adalah kepada anda, masa depan adalah ketika ini, marilah kita melangkah jauh lagi," kata Piccard sebaik turun dari pesawat.

Beberapa jam sebelum mendarat, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon merakamkan rasa bangganya menerusi perbualan secara langsungnya dengan Piccard.

"Rasa keterujaan dan penghormatan tertinggi saya terhadap usaha anda. Ini adalah hari yang bersejarah, bukan saja kepada anda, namun seluruh umat manusia," katanya. - AFP

Berita Harian X