Sabtu, 30 Julai 2016 | 9:21pm

Kawalan keselamatan dipertingkat di Lapangan Terbang Schipol

ANGGOTA polis mengawal di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam. - Foto EPA
ANGGOTA polis mengawal di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam. - Foto EPA

AMSTERDAM: Lapangan Terbang Schiphol di sini, secara tiba-tiba meningkatkan kawalan keselamatan selepas pihak berkuasa mengaitkannya dengan 'ancaman tahap negara,' sekali gus mencetus kekalutan lalu lintas ketika polis tentera memeriksa kenderaan yang menurunkan penumpang.

Lapangan terbang itu tidak melaporkan sebarang kelewatan pesawat namun pihak berkuasa hari ini berkata, kawalan keselamatan tambahan 'dapat dilihat dan ketara.'

Hari ini adalah satu daripada hari paling sibuk untuk lapangan terbang berkenaan kerana penduduk memulakan percutian musim panas dan delegasi Olimpik Belanda dijangka berlepas ke Rio de Janeiro untuk Olimpik Musim Panas 2016. -Reuters

Berita Harian X