X
Ahad, 4 September 2016 | 3:32pm

26 lagi kes jangkitan zika di Singapura

SEORANG penduduk melihat pegawai kawalan perosak menjalankan semburan kabus di kelompok Aljunied Crescent di Singapura.- Foto REUTERS
SEORANG penduduk melihat pegawai kawalan perosak menjalankan semburan kabus di kelompok Aljunied Crescent di Singapura.- Foto REUTERS

SINGAPURA: Singapura mengesahkan 26 lagi kes jangkitan tempatan virus zika semalam dan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu kepada 215 kes, kata Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan.

Jangkitan zika di kalangan wanita mengandung menunjukkan kesan mikrosefali, sejenis kecacatan kelahiran teruk dengan saiz kepala dan otak yang kecil selain masalah otak lain.

Hubung kait di antara zika dan mikrosefali kali pertama diketahui pada musim luruh lalu di Brazil yang menyaksikan negara itu mengesahkan 1,800 kes mikrosefali.

Selain itu, individu dewasa yang dijangkiti mungkin menderita satu penyakit sindrom saraf yang jarang berlaku dikenali "Guillain-Barre" dan masalah saraf lain.

Virus itu kali pertama dikenal pasti di Uganda pada 1947 dan tidak diketahui di benua Amerika sehinggalah 2014. - Reuters

Berita Harian X