X
Ahad, 18 September 2016 | 1:52pm

Orang awam cedera ditikam di Minnesota

BEBERAPA orang cedera ditikam di pusat beli belah di Minnesota malam tadi. - Foto Twitter
BEBERAPA orang cedera ditikam di pusat beli belah di Minnesota malam tadi. - Foto Twitter

WASHINGTON: Beberapa orang cedera ditikam di pusat beli belah di Minnesota malam tadi dan polis menyatakan suspek sudah meninggal dunia.

Sebilangan pengunjung masih berada dalam pusat beli belah Crossroads Center di St Cloud, kira-kira 112 kilometer ke barat laut Minneapolis.

Polis berkata, beberapa mangsa dibawa ke hospital dan siasatan masih berjalan. - AFP

Berita Harian X