Khamis, 22 September 2016 | 1:58pm

Jet pengebom Saudi bunuh 35 orang awam di Yaman

ANTARA bangunan yang rosak selepas dibedil dalam serangan udara di Sanaa. - Foto AP
ANTARA bangunan yang rosak selepas dibedil dalam serangan udara di Sanaa. - Foto AP

SANAA: Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara Arab Saudi di wilayah Hudaydah di barat Yaman.

Serangan mensasarkan sebuah pasar awam yang sedang sibuk di wilayah Hawak, lewat kelmarin.

Terdahulu hari ini, pesawat pejuang Arab Saudi mensasarkan kawasan kediaman di wilayah barat laut Sa'dah, membunuh sekurang-kurangnya empat orang.

Sementara itu, tentera Yaman melancarkan serangan balas peluru berpandu ke sebuah pangkalan tentera Arab Saudi di rantau Najran dekat selatan negara itu.

Pada Selasa lalu, serangan udara oleh Arab Saudi menyebabkan 12 kanak-kanak dan tiga wanita di wilayah Jawf, terkorban.

Arab Saudi tidak henti-henti membedil Yaman sejak Mac 2015, dengan angka korban mencecah hingga 10,000 menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Agensi

ANGGOTA tentera Yaman membuat pemeriksaan di Sanaa. - Foto AFP
ANGGOTA tentera Yaman membuat pemeriksaan di Sanaa. - Foto AFP

Berita Harian X