Jumaat, 30 September 2016 | 10:40am

6 maut akibat tanah runtuh di China susulan taufan

JENTOLAK digunakan oleh pasukan bomba dan penyelamat untuk mencari mangsa susulan kejadian tanah runtuh dicetus taufan besar di daerah Zhejiang, China. - Foto REUTERS
JENTOLAK digunakan oleh pasukan bomba dan penyelamat untuk mencari mangsa susulan kejadian tanah runtuh dicetus taufan besar di daerah Zhejiang, China. - Foto REUTERS

BEIJING: Sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan mati dalam dua kejadian tanah runtuh berasingan dicetuskan taufan besar yang sedang melanda tenggara China.

Agensi berita negeri Xinhua melaporkan kedua-dua kejadian tanah runtuh di wilayah Zhejiang itu mengorbankan tiga orang.

Dalam pada itu lebih daripada 20 orang masih hilang sejak lewat semalam di kampung Sucun, manakala tiga lagi masih hilang selepas tanah runtuh di daerah Wencheng.

Petugas penyelamat masih berada di kedua-dua lokasi untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat.

Taufan Megi membawa hujan lebat dan angin kencang ke bahagian tenggara China dan Taiwan, memusnahkan beratus-ratus kediaman dan memaksa lapangan terbang serta landasan kereta api ditutup. Seramai lima orang maut ketika ribut. - AP

Berita Harian X