Rabu, 12 Oktober 2016 | 10:32pm

Filipina ajak pelapor khas PBB siasat dakwaan pembunuhan

PRESIDEN Rodrigo Duterte. - Foto AFP
PRESIDEN Rodrigo Duterte. - Foto AFP

MANILA: Kerajaan Filipina menjemput secara rasmi pelapor khas hak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat beribu-ribu pembunuhan membabitkan jenayah Presiden Rodrigo Duterte, kata jurucakap presiden, hari ini.

"Istana presiden telah menghantar jemputan kepada Pelapor Khas PBB, Agnes Callamard dan sedang menunggu jawapan beliau," kata jurucakap presiden, Ernesto Abella kepada pemberita.

Menurut data rasmi, sejak Julai Duterte mengambil tindakan keras terhadap penagih dan pengedar dadah hingga menyebabkan 3,300 dibunuh sama ada di tangan polis dan juga keadaan yang tidak dapat dijelaskan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa melahirkan rasa bimbang terhadap pembunuh yang tidak berlandaskan undang-undang itu.

Duterte menolak dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai urusan dalaman Filipina.

Kerajaan pada mulanya menolak cadangan Callamard apabila mengumumkan rancangan untuk menyahut cabaran Duterte.

Callamard sejak itu memberitahu AFP beliau akan berbincang dengan Manila mengenai tarikh dan skop misi pencarian fakta. Jaminan keselamatan, kebebasan pergerakan, jaminan keselamatan anggota misi dan subjek yang ditemubual.

Pada masa, kerajaan Filipina juga meminta Callamard untuk memasukkan dalam siasatan beliau pembunuhan membabitkan penguatkuasa undang-undang yang dibunuh suspek kes dadah agar beliau mendapat gambaran sebenar masalah dadah di negara itu. - AFP

Berita Harian X