Sabtu, 22 Oktober 2016 | 11:03am
HELIKOPTER Mi-8.
HELIKOPTER Mi-8.

Sekurang-kurangnya 19 terbunuh nahas helikopter di Siberia

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di barat laut Siberia, lapor Jawatankuasa Siasatan Russia hari ini.

Menurut penyiasat dalam satu kenyataan, helikopter Mi-8 yang membawa 22 penumpang itu terhempas malam semalam di luar bandar Novy Urengoy.

Seramai 19 orang terkorban akibat pelbagai kecederaan di lokasi kejadian, demikian menurut laporan awal. - AFP

Berita Harian X