Selasa, 25 Oktober 2016 | 3:38pm

Artis Yaman hasilkan grafiti antiperang

Askar polis mengiringi konvoi Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Yemen, Ismail Ould Cheikh Ahmed di lokasi serangan udara Arab pada 8 Oktober, di Sanaa, Yaman. - Foto REUTERS
Askar polis mengiringi konvoi Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Yemen, Ismail Ould Cheikh Ahmed di lokasi serangan udara Arab pada 8 Oktober, di Sanaa, Yaman. - Foto REUTERS

SANAA: Artis jalanan Yaman melukis grafiti di tembok ibu kota itu dengan imej perang yang menghantui dan kanak-kanak kebuluran dalam usaha untuk mengetengahkan kesan konflik terhadap rakyat negara berkenaan.

Grafiti seperti kanak-kanak yang kekurangan zat makanan terkunci dalam keranda berlumuran darah, menarik perhatian dalam negara yang dua pertiga daripada penduduknya memerlukan bantuan kemanusiaan mengikut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Kami mengadakan kempen ini kerana perang saudara dan serangan luar di Yaman serta krisis ekonomi yang semua faktor itu membawa kebuluran dan kemiskinan di negara ini," kata artis yang turut serta, Thou Yazan Al Alawi.

Lebih daripada 10,000 rakyat terbunuh dan ribuan cendera, manakala sistem penjagaan kesihatan serta pendidikan runtuh dalam perang saudara selama 19 bulan itu.

Pihak bersekutu diketuai Arab Saudi melancarkan serangan pada Mac lalu yang bertujuan mengembalikan Presiden Yaman dalam buangan, Abd-Rabbu Mansour Hadi kepada tampuk kekuasaan dan menghalau gerakan Houthi yang bersekutu dengan Iran daripada kubu kuat mereka.

"Perang menyebabkan negara ini sakit, manakala rakyat pula mati kelaparan," kata pengunjung, Yousef Abdelqawi. - Reuters

Berita Harian X