Khamis, 3 November 2016 | 9:09pm
SEBUAH kapal The Topaz Responder dikendalikan Maltese NGO Moas dan pasukan Palang Merah Itali pada operasi menyelamat pendatang di luar pantai Libya di Laut Mediterranean. - Foto AFP
SEBUAH kapal The Topaz Responder dikendalikan Maltese NGO Moas dan pasukan Palang Merah Itali pada operasi menyelamat pendatang di luar pantai Libya di Laut Mediterranean. - Foto AFP

Lebih 200 orang dikhuatiri lemas kapal karam dekat Libya

ROME: Sekurang-kurangnya 240 orang dikhuatiri lemas selepas dua kapal sarat dengan pendatang karam dekat laut Libya, kata agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, memetik sumber pelarian yang terselamat.

Kapal pertama dengan kira-kira 140 orang penumpang terbalik Rabu lalu beberapa jam selepas belayar dari Libya menyebabkan semua tercampak ke dalam laut.

"Seramai 31 orang yang terselamat dari kedua kapal itu tiba di pulau Lampedusa, selatan Itali memberitahu bot getah yang mereka naiki karam dalam laut bergelora sejurus meninggalkan Libya ," kata jurucakap UNHCR, Carlotta Sami kepada AFP. - AFP

Berita Harian X