Khamis, 1 Disember 2016 | 12:03am
GAMBAR fail, pendatang termasuk pelarian Rohingya duduk di atas bot menunggu untuk diselamatkan oleh nelayan Aceh di laut di luar Aceh Timur, Indonesia pada 20 Mac tahun lalu. - Foto AP
GAMBAR fail, pendatang termasuk pelarian Rohingya duduk di atas bot menunggu untuk diselamatkan oleh nelayan Aceh di laut di luar Aceh Timur, Indonesia pada 20 Mac tahun lalu. - Foto AP

Lebih 10,000 etnik Rohingya banjiri Bangladesh

DHAKA: Sekurang-kurangnya 10,000 etnik Rohingya tiba di Bangladesh, sejak beberapa minggu ini untuk melarikan diri daripada keganasan di negara jiran, Myanmar.

Jurucakap agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bangkok, Vivian Tan, berkata, jumlah sebenar pelarian itu mungkin lebih tinggi.

Tentera Myanmar menjalankan operasi besar-besaran untuk menangkap etnik Rohingya di Rakhine, negeri barat Myanmar, memaksa kira-kira 30,000 orang melarikan diri.

Bangladesh meningkatkan rondaan di sempadan dalam usaha untuk menghalang pelarian Rohingya daripada memasuki negara itu, tetapi sejak minggu lalu, beribu-ribu pelarian sudah membanjiri negara itu. - AFP

Berita Harian X