Rabu, 7 Disember 2016 | 12:49pm

Data ringkas gempa 6.4 magnitud Aceh

JAKARTA: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud menggoncang daerah Pidie Jaya, Aceh dan kawasan sekitarnya awal pagi ini.

Berikut adalah gambaran ringkas taburan gempa berkenaan:

Menurut data dari Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), gempa bumi berlaku sekitar jam 5.03 pagi (waktu tempatan) hari ini. Ia berpusat di timur laut wilayah Pidie Jaya pada kedalaman 15 kilometer.

Antara lain, data BMKG memuatkan perincian skala gempa bumi bermula dari kategori I (tidak begitu kuat) sehingga kategori V (menyebabkan kerosakan teruk).

Berpandukan data berkenaan, wilayah sekitar pusat gempa kebanyakannya berwarna kuning kehijauan adalah termasuk dalam kategori II dan III.

Terdapat juga wilayah yang berwarna jingga dan kemerahan yang termasuk dalam kategori IV dan V.

Menurut Ketua Bidang Hubungan Masyarakat (Humas) Pusat Gempa dan Tsunami BMKG, Daryono di Jakarta terdapat beberapa kategori dan jenis untuk mengetahui perbezaannya. - Agensi

ANGGOTA penyelamat mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan susulan gempa kuat di Pidie Jaya, Acheh, Indonesia, awal pagi tadi. - Foto EPA
ANGGOTA penyelamat mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan susulan gempa kuat di Pidie Jaya, Acheh, Indonesia, awal pagi tadi. - Foto EPA
Berita Harian X