Selasa, 27 Disember 2016 | 8:56pm

15 cedera pesawat India tergelincir di landasan

Pesawat India yang membawa 161 penumpang tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Dabolim di Goa, hari ini. - Foto India Today
Pesawat India yang membawa 161 penumpang tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Dabolim di Goa, hari ini. - Foto India Today

NEW DELHI: Sebuah pesawat India yang membawa 161 penumpang tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Dabolim di Goa, hari ini, mengakibatkan 15 penumpang cedera.

Tentera Laut India yang mengendalikan lapangan terbang di barat India itu berkata, punca pesawat milik Jet Airways itu tergelincir sedang disiasat.

Difahamkan, insiden itu berlaku ketika kemuncak musim pelancongan di Goa yang mempunyai banyak pantai cantik dengan kehadiran beribu-ribu pelancong, setiap tahun.

"Seramai 15 mangsa cedera sama ada calar ringan atau retak tulang. Penumpang lain selamat dikeluarkan," kata jurucakap tentera laut, D K Sharma. Landasan itu sudah dibenarkan beroperasi semula, tambah beliau.

Jet Airways berkata, pesawat yang dalam penerbangan ke Mumbai, barat India itu tergelincir ketika hendak berlepas. - AFP

Berita Harian X