Jumaat, 13 Januari 2017 | 11:46pm
LOKASI kejadian pengebom berani mati meletupkan diri di sebuah pasar yang padat di bandar Madagali. - Foto AFP
LOKASI kejadian pengebom berani mati meletupkan diri di sebuah pasar yang padat di bandar Madagali. - Foto AFP

15 maut, 4 pengebom letup diri di timur laut Nigeria

YOLA: Seramai 15 orang awam terbunuh apabila empat pengebom berani mati meletupkan diri di sebuah pasar yang padat di bandar Madagali, di timur laut negara Adamawa, Nigeria pagi ini, kata seorang jurucakap polis.

Jurucakap yang dihubungi menerusi telefon tidak mengenal pasti suspek yang melakukan serangan.

Serangan bom berani mati adalah pemandangan biasa di timur laut Nigeria, menjadi pusat percubaan kumpulan pelampau Boko Haram untuk mewujudkan sebuah negara Islam. -Reuters

Berita Harian X