Ahad, 15 Januari 2017 | 6:34pm
SEBUAH pesawat Jerman yang membawa 299 penumpang melakukan pendaratan cemas di Kuwait, hari ini.
SEBUAH pesawat Jerman yang membawa 299 penumpang melakukan pendaratan cemas di Kuwait, hari ini.

Pesawat Jerman mendarat cemas di Kuwait

KUWAIT: Sebuah pesawat Jerman yang membawa 299 penumpang melakukan pendaratan cemas di Kuwait, hari ini selepas menerima ancaman bom palsu, menurut pihak berkuasa di sini.

Pesawat dikendalikan oleh Eurowings, syarikat penerbangan tambang murah milik Lufthansa berlepas dari Salalah di Oman ke Cologne di Jerman apabila kapten memohon mahu membuat pendaratan cemas.

Sebaik tiba di Kuwait, pesawat itu diperiksa untuk mencari bahan letupan tetapi tiada sebarang peranti berkaitan letupan ditemui, kata jurucakap pihak berkuasa penerbangan awam negara itu. - Agensi

Berita Harian X