Selasa, 17 Januari 2017 | 7:37am

Gempa magnitud 5.6 di Maluku Tenggara Barat

Foto hiasan
Foto hiasan

JAKARTA: Satu gempa bumi dengan kekuatan magnitud 5.6 berlaku di daerah Maluku Tenggara Barat, wilayah Maluku kira-kira jam 10.06 malam (waktu tempatan) semalam.

Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik (BMKG), gegaran berlaku kira-kira 132 kilometer ke barat daya Maluku Tenggara Barat.

Pusat gempa pula berada pada kedalaman 103 kilometer.

Menurut BMKG, gempa itu tidak mencetus amaran tsunami. - Agensi

Berita Harian X