Sabtu, 21 Januari 2017 | 2:26am

Putin tidak ikuti siaran langsung Trump angkat sumpah

PRESIDEN Russia, Vladimir Putin
PRESIDEN Russia, Vladimir Putin

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin tidak mengikuti siaran langsung upacara angkat sumpah Presiden Donald Trump, kata jurucakapnya, semalam, sambil menepis dakwaan bahawa Putin adalah 'lelaki Moscow' di Washington.

"Saya tidak fikir beliau mahu menonton siaran langsung itu tetapi sudah tentu akan mengikuti perkembangan menerusi laporan berita," kata Peskov kepada wartawan.

Katanya, adalah satu kesilapan besar jika pemerhati asing dan tempatan menganggap Trump sebagai 'Putin di Washington,' katanya kepada agensi berita Russia, Rossiya 24 .

"Trump 'bukan orang kita,' beliau adalah Presiden Amerika Syarikat," tambah Peskov.

Rossiya 24 adalah antara dua agensi berita milik negara yang menyiarkan secara langsung majlis angkat sumpah Trump. - AFP

Berita Harian X