Isnin, 23 Januari 2017 | 9:10pm

Pelakon lagak ngeri mati tertembak

JOHANN Ofner
JOHANN Ofner

BRISBANE: Seorang pelakon lagak ngeri yang bakal membuat kemunculan satu program realiti televisyen, maut akibat tertembak ketika penggambaran video muzik di sebuah bar, di sini.

Johann Ofner adalah pelakon lagak ngeri berpengalaman dan bekerja sebagai tukang kayu.

Ketika insiden, dia sedang merakam video muzik untuk kumpulan hip hop, Bliss N Eso di bar CPB Brooklyn Standard, Eagle Lane, apabila terkena tembakan di bahagian dada sejurus sebelum jam 2 petang.

Sebaik kejadian, polis dan paramedik segera dipanggil ketika kakitangan kru memberi bantuan pernafasan, namun malangnya gagal diselamatkan.

Ofner dijangka muncul dalam satu program televisyen Channel 9, Australian Ninja Warrior.

Polis kini sedang menyiasat jenis peluru dalam kemalangan itu dan puncanya.

Difahamkan, senjata yang digunakan adalah senapang patah dua laras, namun pegawai penyiasat, Inspektor Tom Armitt memaklumkan, beberapa senjata lain ditemui dalam bar ketika mereka tiba. - Agensi

Berita Harian X