X
Rabu, 25 Januari 2017 | 12:16am

Rundingan Brexit perlu dapat kelulusan Parlimen UK

MAHKAMAH Tinggi Britain memutuskan, kerajaan perlu mendapat kelulusan parlimen terlebih dulu sebelum memulakan rundingan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).
MAHKAMAH Tinggi Britain memutuskan, kerajaan perlu mendapat kelulusan parlimen terlebih dulu sebelum memulakan rundingan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

LONDON: Mahkamah Tinggi Britain memutuskan, kerajaan perlu mendapat kelulusan parlimen terlebih dulu sebelum memulakan rundingan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Dalam satu penghakiman diputuskan hari ini, mahkamah juga berkata, pembuat dasar serantau tidak mempunyai kuasa menentukan proses Brexit.

Ketika keputusan itu memberi tamparan buat pentadbiran Perdana Menteri Theresa May, kerajaan menegaskan, ia tidak akan berbuat 'apa-apa' untuk mengubah tempoh memulakan Artikel 50, prosedur rasmi meninggalkan EU, menjelang akhir Mac.

Namun pembangkang utama, Parti Buruh dan Parti Kebangsaan Scotland (SNP) berkata, mereka akan mencadangkan pindaan terhadap mana-mana undang-undang kerajaan yang memulakan Brexit, berpotensi menyebabkan kelewatan.

"Mahkamah Tinggi memutuskan, kerajaan tidak boleh memulakan Artikel 50 tanpa kelulusan parlimen untuk berbuat demikian," kata Presiden Mahkamah Tinggi David Neuberger dalam bilik mahkamah penuh sesak di sini.

Katanya, majoriti 11 hakim bersetuju, keluar daripada EU bermaksud akan ada perubahan terhadap undang-undang domestik Britain, justeru parlimen perlu dibawa berunding.

Kerajaan berhujah, ia menikmati kuasa eksekutif untuk menarik diri daripada perjanjian antarabangsa itu.

Hakim berkata, pembuat dasar di Scotland, Ireland Utara dan Wales tiada kuasa dalam proses Brexit. -AFP

Berita Harian X