Ahad, 29 Januari 2017 | 8:11am

10 penduduk Syria maut dalam serangan udara

TUJUH kanak-kanak antara 10 yang maut dalam serangan udara di kawasan yang dikuasai kumpulan pengganas Daesh di utara Syria - Foto AFP
TUJUH kanak-kanak antara 10 yang maut dalam serangan udara di kawasan yang dikuasai kumpulan pengganas Daesh di utara Syria - Foto AFP

BEIRUT: Tujuh kanak-kanak antara 10 yang maut dalam serangan udara di kawasan yang dikuasai kumpulan pengganas Daesh di utara Syria, semalam.

Pasukan pemantau hak asasi manusia Syria berkata, serangan itu dilakukan di kawasan berhampiran kubu tentera pemberontak di Al-Bab.

"Serangan udara oleh tentera rejim, semalam, mengorbankan seorang kanak-kanak di Tadif, manakala serangan udara oleh tentera Turki membunuh tujuh orang awam, termasuk enam kanak-kanak di Al-Uraima dan Bezaa," katanya.

Difahamkan, pasukan tentera yang menyokong Presiden Bashar al-Assad berjaya menguasai tiga perkampungan di bahagian barat daya Al-Bab sejak Jumaat lalu.

Kumpulan pemantau yang berpangkalan di Britain pula melaporkan, tentera Turki kini berkumpul di kawasan utara Al-Bab.

Al-Bab menjadi tumpuan serangan pasukan tentera Turki, Russia dan Syria sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Serangan udara oleh tentera Turki bertujuan memperkukuhkan serangan darat yang dilancarkan di Syria sejak Ogos lalu bagi menghapuskan pemberontak Daesh dan Kurdish. - AFP

Berita Harian X