Rabu, 8 Februari 2017 | 1:52am

Perhimpunan 11 Februari disekat

SUSPEK dibawa ke balai polis Miri untuk siasatan lanjut.- Foto ihsan Polis
SUSPEK dibawa ke balai polis Miri untuk siasatan lanjut.- Foto ihsan Polis

JAKARTA: Polis ibu kota Indonesia di sini, melarang perhimpunan dianjurkan kumpulan penyokong Islam sebelum pilihan raya gabenor minggu depan.

Perhimpunan dirancang 11 Februari ini, empat hari sebelum pengundian, adalah yang terbaru dalam siri bantahan besar-besaran oleh penduduk Islam terhadap Gabenor Jakarta beragama Kristian, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, yang didakwa menghina al-Quran.

Bantahan yang diketuai kumpulan Islam tegar dan disertai ratusan ribu penunjuk perasaan, meningkatkan kebimbangan ketiadaan toleransi agama dan ketidakstabilan politik di negara paling ramai penduduk Islam itu.

Polis berkata, mereka menerima notis perhimpunan daripada penganjur, diketuai pemimpin kumpulan Islam terbesar seperti Barisan Pertahanan Islam (FPI).

"Polis tidak akan membenarkannya," kata jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono, tanpa menjelaskan lanjut.

Ahok ketika ini dibicarakan atas tuduhan menghina Islam yang dilihat ramai sebagai tidak adil dan bermotif politik. Beliau kekal mendahului dalam perlumbaan mengetuai ibu kota dengan lebih 10 juta penduduk itu. - Reuters

Berita Harian X