Khamis, 9 Februari 2017 | 4:05pm

Borris Johnson lepaskan kerakyatan AS

BORIS Johnson.
BORIS Johnson.

LONDON: Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson, yang lahir di New York, melepaskan kerakyatan Amerika Syarikat (AS), menurut dokumen dikeluarkan Jabatan Perbendaharaan AS semalam.

Nama Alexander Boris Johnson berada dalam senarai Perbendaharaan berhubung individu yang melepaskan kerakyatan AS pada suku akhir 2016.

Bekas Datuk Bandar London itu sebelum ini memiliki dua kerakyatan British dan AS.

Johnson berkata, pada 2015 beliau berhasrat melepaskan satu daripada dua kerakyatannya atas alasan patriotik.

Katanya, pasport AS miliknya adalah disebabkan 'kelahiran tidak dijangka' dan beliau terpaksa mencari jalan 'menyelesaikannya' dengan Duta AS ketika itu, Matthew Barzun.

"Alasan melepaskan kerakyatan itu adalah kerana komitmen saya sentiasa terhadap Britain," katanya kepada akhbar Sunday Times. -AFP

Berita Harian X