Jumaat, 10 Februari 2017 | 12:39am

4 cedera terkena tembakan di pasar

SUSPEK berjaya ditahan. - Foto ihsan Ynetnews
SUSPEK berjaya ditahan. - Foto ihsan Ynetnews

TEL AVIV: Seorang penduduk Palestin melepaskan tembakan di pasar Israel yang menyebabkan empat cedera, semalam.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld, berkata lelaki dari Tebing Barat itu melepaskan tembakan dengan senjata automatik di bandar raya Petah Tikva, 10 kilometer ke timur Tel Aviv.

Dia menembak dua orang di kaki manakala dua lagi turut cedera.

"Dia dapat ditahan. Kami cuba menyiasat bagaimanapun dia boleh sampai ke kawasan itu," katanya.

Gelombang serangan dilancarkan penduduk Palestin, termasuk merempuh dengan kenderaan, tembakan dan tikaman, bermula pada Oktober 2015 dan semakin berkurangan tetapi tidak berhenti sepenuhnya.

Pihak Berkuasa Palestin (PA), yang mengehadkan pentadbirannya di Tebing Barat, menafikan tuduhan Israel ia menjadi punca serangan dan berkata ia dilakukan kerana marah dengan pencerobohan rejim Zionis di tanah dikehendaki penduduk Palestin dalam rundingan damai yang tergantung sejak 2014. - Reuters

Berita Harian X