Jumaat, 17 Februari 2017 | 7:59am

Serangan udara korbankan 9 wanita, kanak-kanak

LAPAN wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara ketika menghadiri majlis pengebumian berhampiran ibu negara Yaman. - Foto AFP
LAPAN wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara ketika menghadiri majlis pengebumian berhampiran ibu negara Yaman. - Foto AFP

SANAA: Lapan wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara ketika menghadiri majlis pengebumian berhampiran ibu negara Yaman, semalam.

Pemberontak Huthi yang disokong Iran dan menguasai sebahagian besar Yaman termasuk ibu negara pada 2014, menuduh tentera gabungan Arab Saudi yang menyokong kerajaan melancarkan serangan itu.

Pasukan perubatan yang dihantar ke kawasan kejadian berkata, sekurang-kurangnya 10 wanita lagi cedera dalam serangan di daerah Arhab, terletak 40 kilometer di utara Sanaa.

Wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Yaman, Ismail Ould Cheikh Ahmed, menganggap serangan terhadap orang awam itu sebagai tidak wajar.

"Wanita dan kanak-kanak kerap menjadi sasaran dan paling menderita dalam konflik kejam ini," katanya dalam satu kenyataan. - AFP

Berita Harian X