X
Khamis, 9 March 2017 | 9:10pm

Al-Baghdadi lari dari Mosul

KETUA militan Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi. - Foto fail AFP
KETUA militan Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi. - Foto fail AFP

MOSUL: Ketua militan Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi dilaporkan meninggalkan bandar ini, membiarkan komander tempatan mengetuai pertempuran menentang tentera Iraq yang mara.

Dengan pihak tentera menunjukkan perkembangan positif dalam serangan mengambil alih Mosul daripada Daesh, seorang pegawai pertahanan Amerika Syarikat (AS) berkata, al-Baghdadi melarikan diri bimbang terperangkap dalam pertempuran.

Ia adalah tanda terbaru bahawa Daesh kini merasai tekanan daripada serangan berganda disokong AS yang menyaksikan ia semakin banyak kehilangan wilayah jajahan di Iraq dan Syria.

Bercakap kepada media di Washington, pegawai pertahanan itu berkata, al-Baghdadi meninggalkan bandar kedua terbesar Iraq itu sebelum tentera mengambil alih kawalan sebuah jalan utama awal bulan ini, mengasingkan militan di bandar terbabit.

"Dia berada di Mosul pada satu ketika sebelum tentangan, namun berjaya melarikan diri sebelum kami mengasingkan Mosul dan Tal Afar (bandar di barat).

"Dia kemungkinan memberi panduan meluas strategik dan meninggalkan komander tempatan meneruskan pertempuran," kata pegawai AS itu. -AFP

Berita Harian X