Jumaat, 10 March 2017 | 10:04pm

Dua maut, berpuluh cedera dalam rusuhan

KIRA-kira 30 penunjuk perasaan dan pegawai polis cedera dalam pertembungan berhampiran Mahkamah Perlembagaan di sini susulan pemecatan Park Geun-hye sebagai Presiden. - Foto The Telegraph news
KIRA-kira 30 penunjuk perasaan dan pegawai polis cedera dalam pertembungan berhampiran Mahkamah Perlembagaan di sini susulan pemecatan Park Geun-hye sebagai Presiden. - Foto The Telegraph news

SEOUL: Kira-kira 30 penunjuk perasaan dan pegawai polis cedera dalam pertembungan berhampiran Mahkamah Perlembagaan di sini susulan pemecatan Park Geun-hye sebagai Presiden.

Dua lelaki dipercayai penunjuk perasaan maut hari ini ketika penyokong Geun-hye bertindak balas terhadap keputusan itu dengan memukul anggota polis dan wartawan serta memanjat bas polis digunakan sebagai penghalang laluan ke mahkamah.

Polis berkata, penunjuk perasaan turut memecahkan tingkap bas.

Seorang pegawai dari Hospital Inje University Paik berkata, kira-kira 20 penunjuk perasaan yang cedera sedang dirawat.

Seorang pegawai Agensi Polis Metropolitan Seoul berkata, tujuh anggotanya kini dirawat akibat cedera ringan.

Pada masa sama, Pemangku Presiden Hwang Kyo-ahn merayu penyokong dan pembangkang Geun-hye menghentikan perhimpunan ganas yang membahagikan jalan raya di ibu kota ini. -AP

Berita Harian X